Sunday, February 5, 2012

the making of roti john sardine ala along :))

The first time I had roti john sardine ni masa kami-kami buat barbeque kat Bagan Lalang few months ago.  Memang sedap sangat... lebih-lebih lagi sebab dimakan panas2 tepi pantai... memang oompph!!


 
Time tu roti john sardine ni Along (kawan saya) yang buat.. so saya tak berapa sure caranya sebab masa tu asyik dok huha.. and tau2 dah siap and terus makan!! so bila Along buat tu, tak berapa nak tengok.  So ni cara agak2 saja ni....

Okay, ni bahan-bahan dan caranya ya....

Bawang merah, telur, sardine and tomato.
Rasanya hari tu Along ada letak cili merah kot tapi saya lupa nak letak ni. So, kurang pedaslah. Kalau suka pedas, eloklah letak.
 
 I guna roti hot dog. Roti ni lembut sangat.
Hari tu Along guna roti homemade, tu sebab lagi oompph tu... 
Tapi roti ni pun bolehlah.. darurat maaa....
Kalau guna roti sandwich rasanya tak sesuai 
sebab roti tu too soft and too thin.


Belah dua roti tu.

Bawang potong kecik-kecik. 
Kalau tak suka bawang, tak payah letak. 

Saya suka tomato, so letak tomato gak...
 
Masukkan bahan2 yang dah potong tu dalam mangkuk.


Then masukkan sardine tu.
Jangan masukkan kuahnya, kalau tak nanti terlampau cair. 

 
Then letak telur. Saya letak sebiji je. 
Hentam je ni tapi alhamdulillah it turns out okay.. :D 

Lepas tu, mash up the whole thing 
macam nak buat isi sandwich.

Ni lah rupanya lepas dihancurkan.
Kalau suka, letak garam and ground pepper sikit. 
 
Panaskan kuali dengan sikit minyak.
 
Then letakkan inti tu atas roti tu.

 Then bakarlah atas kuali tadi.
I think it takes only about 2 - 3 minutes je.


 Inilah hasilnya. Walaupun hentam keromo tapi sedap!!!
Hilanglah rinduku pada roti john sardine Along.. :))))






2 comments:

Anonymous said...

Thanks fren. I cook for my mom. rasa sedap ni..sardine my fav..pae

What's Baking?? said...

Dah lama tak makan ni..sedap!