Showing posts with label food for the soul. Show all posts
Showing posts with label food for the soul. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah SAW


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah
yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin (figs) – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.  Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. 

(gambar ni ilustrasi saja ya....)  




Friday, January 20, 2012

food for the soul :)






And eat what Allah has provided you lawful and pure. 
And fear Allah in Whom you believe. 
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu,
iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah
kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.
 SURAH AL-MAIDAH (88)